Travel Background
LUGGAGE UMRAH & HAJI

Pembekal Luggage Terus Dari Kilang
Harga Bermula RM149/Set

Kami adalah rakan pengeluar dan fulfilment luggage Umrah & Haji yang menguruskan keseluruhan proses – dari kilang di Guangzhou hingga penghantaran terus ke pintu anda di Malaysia.

Harga terus dari kilang China - Tanpa orang tengah
MOQ Serendah 100 set!
Harga termasuk penghantaran & logo printing
Lebih 200 pilihan designs & warna terkini untuk dipilih

SIAPA KAMI

Rakan Pengeluar Set Barangan Luggage Umrah & Haji yang dipercayai

LuggageUmrah.com adalah jenama rasmi Yuema Business Group Sdn. Bhd. (1563841-X). Kami adalah wakil jualan untuk pasaran Malaysia & Asia Tenggara yang bertapak di Kuala Lumpur dengan 2 fasiliti kilang di Guangzhou & Hebei, China untuk memberi fokus pembekalan & khidmat fulfilment Luggage Business-to-Business (B2B) untuk rakan perniagaan kami khusus untuk keperluan perjalanan Umrah dan Haji.

Kami membantu agensi pelancongan & syarikat korporat dalam menguruskan:

Membekal bagasi Luggage dan barangan set keperluan Haji dan Umrah
Kawalan Kualiti (QC)
Semua urusan Forwarding & penghantaran
Gudang Penyimpanan Stok & Fulfilment untuk pengguna akhir
Kami menyediakan perkhidmatan sokongan selepas jualan

"Dengan model operasi bersepadu ini, klien kami boleh fokus kepada perkhidmatan jemaah — tanpa pening kepala urus logistik & risiko musim puncak."

Paparan Utama

NILAI KAMI

Kenapa Pilih Kami Sebagai Rakan Strategik Anda?

Terus dari kilang

Tiada orang tengah, tiada kos tersembunyi. Kami kawal proses pengeluaran kilang rakan strategik kami di Guangzhou untuk pastikan kualiti konsisten setiap tempahan dan harga kekal kompetitif.

Harga Jelas & Telus

Harga bermula serendah RM149/set termasuk custom logo, penghantaran ke Malaysia dan pengurusan dari A–Z. Tiada caj tersembunyi, tiada kejutan kos di saat akhir.

MOQ Rendah

Tempahan serendah 100 set. Ideal untuk agensi kecil, program baharu atau Umrah berkala tanpa risiko.

Pelbagai Pilihan Rekabentuk terkini

Lebih 200 reka bentuk premium dan pilihan warna menarik untuk dipilih sesuai identiti agensi anda.

Sokongan Tempatan di Malaysia

Kami bukan sekadar pembekal luar negara. kami menyediakan konsultasi percuma dengan sokongan pejabat dan gudang fizikal di Malaysia.

MATERIAL BERKUALITI

SET LUGGAGE KAMI DIREKA KHAS UNTUK PERJALANAN UMRAH & HAJI

Set Luggage kami direka khas untuk umrah & haji yang menonjolkan identiti tersendiri agensi bagi memastikan urusan perjalanan suci jemaah anda kekal lancar dan teratur.

Polypropylene Luggage
Paling Disyorkan

Set Material Polypropylene (PP)

Kenapa Kami Mengesyorkan Luggage Material PP Untuk Umrah & Haji?

Sebagai kilang yang pakar dalam pengeluaran luggage Polypropylene (PP), kami memilih material yang paling sesuai untuk penggunaan perjalanan jauh dan muatan berat.

  • Jangka hayat lebih panjang berbanding luggage ABS & PC
  • Nilai komersial tinggi
  • Fleksibel & tidak mudah retak
  • Tahan hentakan

Pilihan Material Lain:

ABS

Pilihan paling ekonomi. Kos efektif untuk pakej bajet rendah namun masih berfungsi baik.

PC / PC-ABS

Gabungan ketahanan dan estetika. Permukaan berkilat yang nampak lebih premium & cantik.

Fabric Luggage

Klasik dan praktikal. Mempunyai poket luaran tambahan untuk akses mudah dokumen.

Aluminium

Ketahanan maksimum. Sesuai untuk kegunaan VIP atau kargo khas yang memerlukan perlindungan ekstra.

Lihat Senarai Pakej & Harga

Pilihan set bajet hingga premium tersedia

ALIRAN KERJA

Proses Yang Tersusun & Telus

Kami memastikan setiap langkah dari tempahan hingga penghantaran diuruskan dengan profesional untuk ketenangan minda anda.

1

Konsultasi

Pilih material, warna, reka bentuk dan kuantiti tempahan dari katalog produk yang bersesuaian dengan bajet anda.

2

Artwork & Sebutharga

Wakil jualan kami akan sediakan cadangan proposal rekabentuk visual dan sebutharga dalam masa lima (5) hari bekerja.

3

Deposit & Sampel

Deposit keselamatan sebanyak 30–50% diperlukan untuk penyediaan sampel produk dan memulakan proses pengeluaran set luggage.

4

Produksi & Penghantaran

Tempoh pengeluaran dan penghantaran dianggarkan 60–65 hari bagi tempahan baharu dan 40–50 hari bagi tempahan ulangan.

5

Penghantaran

Baki bayaran dibuat selepas pengeluaran siap, dan pesanan akan dihantar terus ke alamat anda oleh pihak kami.

6

Servis Selepas Jualan

Kami komited memberikan sokongan selepas jualan yang berterusan dan profesional.

FASILITI KILANG PEMBUATAN LUGGAGE & BEG

HYX Luggage Industrial Park, Shiling, Guangzhou

Fasiliti Kilang pembuatan Luggage Bagasi seluas 15,000 Meter persegi di Guangzhou telah beroperasi selama lebih 20 tahun dan menerima pelbagai pesanan dari serata dunia untuk produksi beg dan bagasi. Dengan lebih 130 staf operasi pengeluaran harian dan teknologi pembuatan terkini, kami menjamin kualiti produk dan kestabilan bekalan untuk anda.

5,000+

Output Harian

20+

Tahun Pengalaman

1,000+ SKU produk
200+ klien global
150+ Acuan Bagasi
Fasiliti Kilang 1
Fasiliti Kilang 2
Fasiliti Kilang 3
Fasiliti Kilang 4
Fasiliti Kilang 5
Fasiliti Kilang 6

PELANGGAN KAMI

Dipercayai Oleh Agensi Terkemuka

Al Amir
Alif
Asheeq
As Safa
Dhia
Ezi
Kasih
Kelantan
Mitra
Rimbunan
Selamat
Kuwait
Trip
Tripfez
Lonpac

Dan banyak lagi rakan korporat serta agensi pelancongan.

SOALAN LAZIM

Jawapan Untuk Persoalan Anda

Adakah luggageumrah.com pembekal terus dari kilang (manufacturer)?

Ya. Luggageumrah.com merupakan supplier set luggage Umrah dan Haji terus dari kilang sendiri, bukan agen atau broker. Semua proses pengeluaran, kawalan kualiti, harga borong dan spesifikasi produk dikawal sendiri bagi memastikan kualiti konsisten dan bekalan stabil untuk tempahan pukal. Ini membolehkan pelanggan memperoleh harga lebih kompetitif, fleksibiliti reka bentuk tersendiri dan jangkaan masa tempahan yang lebih terkawal berbanding membeli daripada pihak ketiga.

Berapakah harga borong set luggage Umrah?

Harga bermula serendah RM149* satu set untuk pakej standard, tertakluk kepada terma dan syarat. Kami turut menyediakan set premium sehingga 15 item dalam satu set bergantung kepada spesifikasi, material & kuantiti. Sebagai supplier luggage Umrah borong, harga seunit akan menjadi lebih kompetitif untuk kuantiti meningkat.

Berapa lama tempoh produksi dan penghantaran?

Tempoh anggaran bagi tempahan baru adalah sekitar 60 hingga 65 hari, manakala tempahan ulangan mengambil masa sekitar 30 hingga 50 hari termasuk proses produksi, kawalan kualiti dan penghantaran. Untuk musim puncak Umrah dan Haji, pelanggan digalakkan membuat tempahan lebih awal bagi mengelakkan kekangan slot produksi.

Adakah boleh custom logo dan design sendiri?

Ya. Kami menyediakan servis custom set luggage Umrah termasuk logo, warna, aksesori, zip puller, strap dan packaging. Mockup akan disediakan untuk kelulusan sebelum produksi bermula bagi memastikan hasil akhir menepati identiti jenama pelanggan.

Apakah material luggage yang paling sesuai untuk Umrah dan Haji?

Kami pakar dalam penggunaan material Polypropylene (PP) yang lebih tahan hentakan, fleksibel, tidak mudah pecah dan sesuai untuk penggunaan berat seperti perjalanan Umrah dan Haji. Dari sudut jangka panjang, PP menawarkan ketahanan yang lebih stabil berbanding ABS dan PC biasa. Kami juga menyediakan pilihan ABS dan PC mengikut bajet serta jenama pelanggan.

Apakah Minimum Order Quantity (MOQ) bagi tempahan?

MOQ bergantung kepada model luggage, jenis material dan tahap custom branding yang diperlukan. Tempahan dengan custom penuh biasanya memerlukan kuantiti minimum yang lebih tinggi berbanding produk stok sedia ada. Kami akan membantu mencadangkan konfigurasi MOQ yang paling praktikal supaya kos dan margin kekal optimum.

Bagaimana terma pembayaran untuk tempahan pukal?

Pembayaran dibuat melalui deposit semasa pengesahan tempahan dan baki bayaran selepas produksi siap sebelum penghantaran dibuat. Penghantaran ke lokasi pelanggan ditanggung oleh pihak kami tertakluk kepada terma yang dipersetujui dalam quotation.

Bagaimana cara menghubungi kami?

Anda boleh menghubungi kami melalui pautan Whatsapp/email atau telefon untuk menetapkan perjumpaan dengan wakil jualan kami. Pihak kami akan menilai keperluan anda dan mencadangkan konfigurasi terbaik dari segi kos, kualiti dan margin.

Sedia Untuk Kurangkan Kos & Risiko Luggage Umrah?

Bermula RM149/Set
MOQ Serendah 100 Set
Konsultasi Percuma
Hubungi Kami Sekarang

Dapatkan sebut harga, katalog produk & cadangan rekabentuk PERCUMA hari ini.